Monday, January 25, 2010

left or right

Kadang kala ada satu masa kita terpaksa membuat 1 pilihan sahaja apabila adanya dua pilihan di depan mata. contoh yang boleh diberikan disini ialah apabila anda diberikan pilihan sama ada hendak kehilangan satu kawan atau 10 orang kawan, yana mana satukah anda pilih? hakikatnya perkara sebeginilah yang terjadi pada diri saya ini. duhhh..memang susah sangat nak decide tapi jawapannya sudah diperolehi atas gerak hati dan pedoman diri.

jika sebelum ini anda seorang ketua dalam sesebuah pasukan, dan secara tiba2 beberapa rakan anda disingkirkan daripada list nama yang akan ke satu kejohanan terbesar, apa reaksi yang akan anda berikan? tambahan lagi, anda bermain dibawah satu tajaan. sudah semestinya anda harus mengikuti apa yg disuruh oleh tukang penaja itu bukan?

kerana hal begini rupalah saya mengambil keputusan untuk menarik diri daripada pasukan ini, bukan kerana niat ingin menghancurkan dan meleburkan harapan pasukan tetapi mahu bersikap adil dan saksama kepada rakan2 saya. sudah saya katakan kepada rakan2 saya sekiranya nama mereka tidak dapat dimasukkan semula ke dalam list kejohanan, usah risau kerana saya juga akan mengikuti langkah seperti mereka iaitu tidak akan bermain untuk pasukan dalam kejohanan yang akan datang ini walaupun sebenarnya agak sukar untuk menerima hakikat ini.

*sekadar gambar hiasan

rasanya, tidak perlu saya susah2 kan diri saya untuk memikirkan perkara sebegini sedangkan banyak lagi perkara yang perlu difikirkan seperti final exam yang hampir dekat, decide tempat practical dan final project..ingin saya katakan, entry ini tiada niat pun hendak memalukan mana2 pihak tetapi hanya sebuah luahan daripada hati seorang insan bernama fiq mafiq. terima kasih;.

ps; guys, ssh sng sama2 kan?:)

4 comments:

Anonymous said...

bgusnye..2la erti sbuah psahabatan..
kdgkala prlukn sdikit pngorbanan..
tp sy rs lau awk x kua dr pasukn 2 pon kwn2 ley consider cz its not ur fault actually..n bkn awk yg dcide sume 2 kn..think it positive n evrything wil b ok.dorg pon ley bg support..tp if sy de kt tmpt awk pon rs cm x besh n myb akn amk kptsn yg sm..xpela..anggp je de hkmah dsbalik sume 2..bkorban dmi kgmbiraan bsama..:-)

fiq mafiq said...

eh anonymous? betul eh agaknya my decison nie? thanx anway.:)

N!kEk!n said...

saya bersimpaty lah ngan nasib fiq but hdup ni kne truskan....and u are the truly friends...(jgn kembang yer=)) huuhuu....

fiq mafiq said...

heh.;D