Friday, April 2, 2010

perginya satu mutiara seni di siang hari . :(

~Allahyarham Din Beramboi~
Photo : mStar

siapa tidak kenal insan yang bernama din beramboi di dunia seni negara kita ? owh tidak kenal juga ? anda boleh google sahaja ya , pasti sangat banyak article , gambar mahupun news tentang beliau. tetapi saya yakin sama sekali bahawasanya dikalangan warga malaysia di negara kita , nama di beramboi tidak asing bagi kita . mostly di pagi era bersama beliau , bertambah bersemangat dan cerian rasanya bila mahu ke kerja .:)


namun , mulai saat dan detik ini , tiada lagi din beramboi di kaca tv , corong radio mahupun di depan mata kita sendri kerana beliau telahpun kembali ke rahmutullah pada 12.30 a.m pagi tadi di hospital selayang . sungguhpun dia sangat kuat untuk melawan penyakitnya itu , namun tuhan lebih menyayanginya . din beramboi atau nama sebenarnya mior ahmad fuad mior badri meninggal dunia akibat penyakit denggi berdarah sejak isnin lalu . Allahyarham meninggalkan 3 chaya mata dan seorang balu.


apa yang saya dapati , seluruh warga malaysia sangat sedih dengan kehilangan Allahyarham dan ada yang tidak dapat menerima berita yang mengejutkan ini , apatah lagi rakan artisnya yang boleh saya ambil contoh seperti aznil haji nawawi yang setiap pagi bersama Allayahrham di pagi era . tentu sangat besar impak pada dirinya itu . dan yg paling penting sekali keluargany Allahyarham . seharusnya mereka perlu redha dan kuatkan semangat untuk teruskan kehidupan . anywhere , yang pergi tetap pergi dan apa yang kita mampu hanyalah mendoakan kesejahteraan beliau disana . Al-fatihah..

p.s ; teringat lak lawak2 Allahyarham tyme raja lawak musim baru nie . :(

No comments: