Tuesday, March 9, 2010

Andai esok tak berkesempatan

pernahkah anda terfikir ? esok , lusa atau tulat anda sudah tiada di muka bumi allah ini ? takut bunyinya bukan dengan amalan kita yang mungkin masih terumbang ambing untuk ke syurga yang selayaknya untuk kita as a muslim people. namun , entry kali ini bukanlah saya hendak memberikan ceramah ataupun kelas tutorial percuma untuk anda tetapi hanya mahu menyelitkan beberapa perkara seandainya esok kita tidak sempat melihat sang matahari .

jika ditakdirkan anda akan meninggalkan muka bumi ini esok , sudahkah anda bersedia ?




jawapan saya sudah semestinya tidak kerana banyak perkara lagi yang belum saya kecapi . antaranya kejayaan . saya mahukan kejayaan dahulu dalam hidup ini dan jika secara logicnya , siapa yang tidak mahukan kejayaan betul tak ? dengan adanya kejayaan lahirnya kerjaya . bila sudah ada kerjaya sudah semestinya kita mampu untuk membalas jasa orang tua kita yang telah membesarkan kita sejak kecil . namun , anda tidak boleh menyalahkan suratan takdir sekiranya semua ini tidak dapat anda kecapi dengan sepenuhnya tetapi impian dan harapan anda boleh direalisasikan hasil dari usaha , berkat dan doa . sekian . :)


p.s ; "tell the truth before its too late "

No comments: